Penggunaan Amorphophallus konjac

Ia dimasak dan dimakan terutamanya di Jepun dan Korea. Dua bentuk dasar penganan ini ialah yang putih dan hitam.

Jepun dan China

Dalam masakan Jepun, konnyaku digunakan dalam hidangan seperti oden yang biasanya berwarna kelabu dengan keselarasan lebih tegang berbanding kebanyakan gelatin. Konnyaku biasa mempunyai rasa samar-samar seakan garam, biasanya dengan sedikit rasa dan bau lautan (hasil penambahan serbuk rumput laut, meskipun tidak perlu pada konnyaku lain). Tumbuhan ini lebih dikehendaki lantaran teksturnya berbanding rasa.

Orang Jepun menyediakan konnyaku dengan mencampurkan tepung konnyaku dengan air dan air kapur. Hijiki sering ditambah bagi memberikan warna gelap dan rasa serta mengelakkan konnyaku hanya berwarna putih pucat. Adunan tersebut kemudian direbus dan disejukkan agar mengental. Konnyaku turut dijadikan sejenis mi dipanggil shirataki yang digunakan dalam makanan seperti sukiyaki dan gyudon.

Nilai nutrisi

Konnyaku hampir tiada kalori namun sebaliknya mempunyai kandungan serat yang sangat tinggi. Oleh itu, konnyaku sering digunakan sebagai makanan diet. Syarikat Omikenshi telah membangunkan satu proses mencampurkan pulpa kayu terawat dengan konnyaku yang boleh menyingkirkan gluten dan lemak dari tepungnya; tepung yang dirawat ini hampir tiada karbohidrat bahkan mengandungi hanya 60 kg kalori jika dibandingkan dengan 3,680 kg kalori dalam tepung gandum.[6]

Serat umbisi dari Amorphophallus konjac digunakan sebagai komponen makanan tambahan berat badan.[7] Pemakanan serat ini pada tahap sederhana telah ditunjukkan berkesan dalam menggalakkan penghasilan asid butirik melalui ekologi flora usus yang lebih baik serta meningkatkan pembuangan air besar dalam kalangan orang dewasa yang menghidapi sembelit.[8]

Kegunaan lain

Konnyaku juga boleh digunakan dalam alatan aksesori urutan muka yang kini sedang popular di Korea (Korea: 곤약, rumi: gonyakcode: ko is deprecated ) dan juga negara-negara Barat; biasanya dalam bentuk span yang boleh digunakan pada kulit sensitif yang mudah rengsa jika menggunakan alat pengelupasan kulit yang biasa (seperti petola atau tuala kecil).

Rujukan

WikiPedia: Amorphophallus konjac http://www.plantnames.unimelb.edu.au/Sorting/Amorp... http://konjacme.com/ //pubmed.ncbi.nlm.nih.gov/18460488 //doi.org/10.1080%2F07315724.2008.10719681 http://www.worldfloraonline.org/taxon/wfo-00009644... http://calorie-count.us/amorphophallus-konjac-weig... https://www.bloomberg.com/news/articles/2015-11-17... https://miraclenoodle.com/pages/about-us-1 https://hintsforthehome.wordpress.com/2014/05/08/k... https://prpm.dbp.gov.my/Cari1?keyword=konnyaku